Jumaat, 28 November 2008

Bola Sepak...Sukan Untuk Persefahaman,Perpaduan,Pendidikan...

|



Bolasepak adalah acara sukan yang paling popular dan diminati oleh ramai orang di seluruh negara-negara di dunia ini. Bolasepak adalah acara sukan di padang yang berbentuk empat segi, acara sukan ini juga telah banyak mendapat tontonan yang terbanyak di dunia. Acara sukan Bolasepak juga telah berjaya mempengaruhi anak-anak kecil untuk menceburi sukan bola sepak malahan ada di sesebuah negara telah mengadakan sukan bola sepak khas kepada kanak-kanak (kids football) kerana disini secara tidak langsung dapat mencungkil bakat yang ada semasa kecil dan melatih supaya menjadi pemain bola sepak professional pada masa akan datang.

Satu majlis ringkas penyampaian sumbangan pakaian dan peralatan sukan oleh ADUN Gunung Semanggol telah diadakan di perkarangan surau Taman Indah Jaya Semanggol. Pasukan tersebut telah menerima peralatan seperti bola jersi dan lain-lain peralatan bola sepak. Kesemua peralatan dan pakai tersebut di serahkan kepada pengurus pasukan, Encik Rosli bin Abd. Rahman yang turut disaksikan oleh ketua kampung kawasan tersebut.


Dalam ucapan ringkas beliau, YB ADUN Semanggol telah memberi kata semangat dan dorongan dan diharapkan dengan penyerahan peralatan tersebut dapat membantu menyemarakkan semangat kesukanan yang ada pada pasukan tersebut yang hampir kesemuanya masih belia

Khamis, 20 November 2008

Program Pakatan Rakyat Bagan Serai

|




DMPK dengan kerjasama Pejabat ADUN Bagan Serai telah melaksanakan program kebajikan pada 16 November lalu. Program yang bertemakan dewan Muslimat Pas Kawasan Bagan Serai DiEra Kebangkitan Pakatan Rakyat telah diadakan di kawasan perkarangan letak kenderaan Bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Pelbagai program telah dilaksanakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak pra sekolah, pemeriksaan kesihatan, pertandingan kerabu mentah, buah Melaka ,gubahan sirih junjung dan pakaian beragam. Majlis tersebut telah mendapat sambutan ramai termasuk dari kaum Cina. Program yang menarik kunjungan seramai lebih 500 orang telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Perak Yang Berhormat Haji Zainuddin bin bin Mohd Yusof. Dalam ucapan beliau pada majlis tersebut, beliau telah menerangkan kepada masyarakat Bagan Serai yang hadir pada program tersebut berkenaan dengan belanjawan yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Perak 2009 khususnya pecahan peruntukan kebajikan kerjaan negeri kepada rakyat negeri Perak. Haji Zainuddin juga berkesempatan menyampaikan bantuan pendidikan kerjaan negeri kepada 13 pelajar yang telah berjaya melanjutkan diri ke IPTA dan setelah itu dibawa melawat ke kawasan jualan, meja-meja pertandingan dan juga khemah pemeriksaan kesihatan.

Pada majlis yang sama juga,YB Haji Zainuddin telah merasmikan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gunung Semanggol dan ADUN Selinsing. Di akhir program, beliau yang juga selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Perak (PERNAS) telah dibawa untuk melawat Kelab Penyokong PAS kaum Cina kawasan Bagan Serai.

Selasa, 4 November 2008

LAWATAN DEEPAVALI KE HOSPITAL TAIPING

|

Kehadiran ADUN Gunung Semanggol ke Hospital Taiping telah mengubat sedikit kesedihan seorang bapa yang terpaksa melihat anak beliau yang kehilangan kaki akibat kecelakaan jalan raya. Lawatan YB Gunung Semanggol ke Wad 14 itu adalah sebagai keperihatinan beliau kepada salah seorang Ahli kelab Penyokong PAS kaum India Pondok Tanjung yang berada di dalam kawasan Gunung Semanggol.
Mangsa adalah anak kepada Ahli Kelab penyokong PAS, telah mengalami kecederaan yang kritikal dalam kemalangan pada 27 hb. Oktober 2008 yang lalu terpaksa menjalani pembedahan memotong anggota hingga ke paras lutut kerana anggota tesebut tidak dapat diselamatkan. Diakhir lawatan YB menasihati keluarga malang tersebut agar bersabar dengan dugaan yang dihadapi dan beliau akan cuba membantu meringankan beban keluarga tersebut.

Isnin, 3 November 2008

MANGSA BANJIR TERUS MENDAPAT PEMBELAAN

|

Bagan Serai, 01.11.2008. Mangsa banjir di Daerah Kerian terus mendapat pembelaan dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat, hari ini mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir mendapat sumbangan dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) berupa wang tunai bagi meringan beban kerugian yang ditanggung oleh mangsa. Penolong Setiausaha MAIPK Tuan Mohd Haidi bin Sulaiman, selaku wakil dari MAIPK turut hadir bersama. Seramai 131 keluarga yang berpindah menerima sumbangan tersebut dari Penolong Setiausaha MAIPKdan YB Adun Gunong Semanggol. Turut menyampaikan sumbangan tesebut ialah YB Ahli Parlimen Bagan Serai. Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai Baitulmal Bagan Serai, Penghulu-Penghulu Mukim yang terlibat dan Ketua-Ketua Kampung.

Majlis penyerahan sumbangan ini telah diadakan di dua tempat iaitu di Masjid Daerah Bagan Serai bagi kawasan Alor Setanggok dan Sungai Bogak dan satu lagi di Dewan Orang Ramai Alor Pongsu bagi kawasan Alor Pongsu dan Bukit Merah. Kesemua mangsa atau wakil telah hadir menerima sumbangan tersebut.

Dalam ucapan ringkas YB Adun G. Semanggol, beliau mengingatkan kepada semua mangsa agar bersabar menghadapi ujian ini dan menekankan bahawa setiap musibah ada hikmahnya. Berusahalah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan jangan lalai dari mengerjakan segala suruhanNya. Usaha-usaha dari kerajaan negeri sedang dibuat bagi mengatasi masalah ini yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada MAIPK dan Baitulmal yang sudi menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir khususnya di daerah Kerian ini.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh Penghulu mukim Beriah.Moga Allah S.W.T mengurniakan rezeki yang melimpah dan diberkati kepada Kerajaan negeri Perak…..