Rabu, 26 Ogos 2009

Ziarah Petugas PAS Kawasan Bagan Serai

|























Pada 19hb.Ogos adalah kesempatan yang terluang untuk menziarah petugas-petugas pilihanraya kecil di Permatang Pasir. Petugas-petugas pilihanraya dari kawasan Bagan Serai diarah bertugas bermula 16hb. Ogos 2009 sehingga 19hb. Ogos 2009 .Seramai 4 orang petugas dari setiap kawasan bergilir membantu JPN Negeri Perak yang diletakan di UPU Permatang Pauh. Pada 19hb.Ogos tersebut telah diadakan satu ceramah dan antara yang hadir ialah YB Dato’ Seri Anuwar Ibrahim dan YB Siti Zailah. Turut hadir pada malam tersebut adalah ADUN Malim nawar Yb Kesvender Singh.

Sementara itu, pada 21hb. Ogos pula YB Haji Ramli bin Tusin telah dijadualkan mengiringi program calon (kini YB) Mohd Salleh Man untuk berkempen di kawasan Permatang Pasir. Antara agenda ialah Solat Jumaat di masjid Permatang Pasir. Dan secara kebetulan ramai pimpinan UBN turut hadir solat Jumaat di Masjid yang sama. Antaranya TPM dan Khairi Jamaluddin.

Khamis, 20 Ogos 2009

Ziarah Mangsa Ribut Batu 10

|


rumah yang ditimpa pokok tumbang


Antara penduduk yang menjadi mangsa ribut

Satu kejadian ribut telah melanda kawasan Batu 10 pada 17hb.Ogos yang lalu yang telah merosakkan beberapa buah rumah di kawasan tersebut. Antara kawasan yang terlibat ialah Taman Indah Jaya dan Kampung Jaya. Pada sebelah petang hari tersebut sewaktu keadaaan reda YB Haji Ramli telah mengambil kesempatan meninjau keadaan kawasan-kawasan dan didapati bahawa ada diantara rumah-rumah yang terlibat rosak teruk akibat ditimpa pokok yang tumbang kerana angin kuat. Salah sebuah daripada rumah tersebut rosak teruk akibat ditimpa pokok rambutan.


Sehubungan dengan itu, mangsa-mangsa yang terlibat telah diminta membuat laporan polis dan memaklumkan kepada pihak Penghulu mukim bagi diusahakan bantuan daripada pihak Jawatankuasa keselamatan Daerah. YB Ramli juga telah menyampaikan sumbangan peribadi bagi meringankan bebanan mangsa-mangsa yang terlibat khususnya bagi kaum muslimin yang akan menyambut puasa.

Selasa, 4 Ogos 2009

Perak Black Knights

|

Isnin, 3 Ogos 2009

" 1 Black Perak"

|



All Black...itulah ungkapan yang dapat diberikan kepada Himpunan Pemuda negeri Perak sempena Kempen Bubar Dun Negeri Perak atau "1 Black Perak" yang diadakan di Markas PAS Kawasan Bagan Serai. Pun begitu, suasana pada awal pagi amat menggusarkan. Satu pasukan FRU telah dikerahkan ke Masjid Tinggi Bagan Serai sebagai langkah untuk mengagalkan perhimpunan itu. Trak-trak FRU telah tiba seawal jam 4.00 pagi dan kemudiannya dipindahkan ke IPD Kerian. Namun, kerja-kerja pemantuan tetap dapat dilihat di sepanjang jalan oleh pasukan polis yang berpakaian seragam dan awam.


Bagi Pemuda-pemuda negeri Perak, keadaan tersebut tidak menjadi pematah semangat. Sebaliknya momentum yang dibawa dari Himpunan GMI telah menyemarakkan kehadiran mereka ke bumi bertuah Masjid Tinggi. Pihak penganjur menganggarkan kehadiran pemuda-pemuda seluruh negeri Perak sekitar 2500 orang. Sebaliknya telah mencapai 5000 lebih sehinggakan tukang masak terpaksa menambah 70 kilo beras bagi menampung keperluan jamuan makan tengahari majlis tersebut. Gegaran dan kehangatan program tersebut terasa apabila laungan takbir bergema didalam dewan. Program tersebut juga dihadiri oleh muslimat-muslimat dan Nisa' daripada kawasan berhampiran. Program dimulakan dengan nyanyian

lagu Negaraku, lagu negeri Perak dan lagu rasmi PAS seterusnya ucapan aluan Pengarah Program, Sdr. Salman Saleh, dan pidato dari Ketua Pemuda PAS Perak AF USt. Zawawi Abu Hasan, YAB Dato'Seri Nizar Jamaludin, Pengarah JPN Perak, Haji Asmuni Awi, Persuruhjaya PAS Perak, AF. Ust. Abu Bakar Husin, KDPPP, AF Ust. Haji Nasaruddin Tantawi dan Ketua Penerangan PAS Pusat AF Ustaz Idris Ahmad. Turut serta menyampaikan pidato ialah ketua AMK Shamsul Iskandar. Pidato yang bermula pada jam 11.20 pagi berakhir pada jam 1.45 petang. Selesai solah zohor dan jamuan, sesi dialog antara DPPP dan kawasan telah diadakan sehingga jam 4.00 petang.