Rabu, 30 September 2009

Jamuan Aidilfitri ADUN Gunung Semanggol

|



Satu jamuan rumah terbuka Aidil Fitri telah diadakan oleh ADUN Semanggol, YB Haji Ramli Tusin di kawasan kediaman beliau di Taman Indah Jaya. Jamuan yang diadakan tersebut berlangsung dengan meriah dengan pelbagai hidangan yang disediakan. Antara yang dihidangkan cendol, Mee Kuah, rending, rojak serta perbagai hidangan yang lain. Dianggarkan lebih 2000 orang dari pelbagai kaum telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Bagi YB Haji Ramli, majlis tersebut bertujuan untuk meraikan semua penduduk-penduduk khususnya di kawasan DUN Gunung Semanggol sempena Syawal dan juga meraikan perkahwinan anak bongsu beliau, Husnul Fikri dengan Noraini binti Ali Nordin.

Antara jemputan yang hadir ialah mantan Persuruhjaya PAS Perak, Tuan Guru Haji Ahmad bin Awang, YAB Dato’Seri Ir.Haji Mohd Nizar Jamaludin,ADUN Selinsing, Yb Haji Husin Din, ADUN Titi Serong, YB Khalil Idham Lim, ADUN Kuala Sepetang, YB Tai, ADUN Lubuk Merbau , YB Haji Zainuddin, ADUN Changkat Jong, YB Anuar Sudin pimpinan pakatan rakyat kawasan Bagan Serai dan seluruh AJK PAS kawasan Bagan Serai.


Di kesempatan sempena lebaran yang menjelang yang tiba YB Haji Ramli sekeluarga memohon ribuan kemaafan di atas segala salah dan silap semasa menjalankan tugas selaku Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Gunung Semanggol lBeliau juga memohon maaf atas kesulitan serta kekurangan semasa majlis tersebut.

Jumaat, 11 September 2009

SUMBANGAN KEPADA YANG MEMERLUKAN

|



Semanggol; Seorang warga emas yang uzur dan tidak mampu berjalan mendapat perhatian ahli dewan undangan negeri kawasan semanggol Haji Ramli Tusin. Beliau menerima sumbangan berupa sebuah kerusi roda dari Haji Ramli Tusin. Puan Mardziah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Haji Ramli dan isteri. Menurut Haji Ramli, Kerusi roda tersebut adalah sumbangan daripada seorang insan yang tinggal di Bagan Serai.


Puan Mardziah bersama menantu serta Haji Ramli dan Isteri
bergambar kenangan selepas menerima kerusi roda.

Selasa, 8 September 2009

Sumbangan Raya UPU Masjid Tinggi

|

Satu Program penyampaian bantuan kepada fakir miskin ibu tunggal dan warga emas telah dilaksanakan oleh UPU Masjid Tinggi. Seramai 15 penerima telah menerima bantuan yang merupakan barangan dapur dan duit raya telah disampaikan oleh YB DS Ir. Haji Mohamad Nizar Jamaluddin pada program tersebut. Program tersebut merupakan kerjasama antara Jawatankuasa Masjid Al-Athar, Masjid Tinggi Bagan Serai dan UPU Masjid Tinggi.

Arshad Alimin selaku AJK program menjelaskan bahawa keseluruhan bantuan tersebut adalah sumbangan para penduduk di dalam kawasan UPU Masjid Tinggi. Secara kebetulan kawasan tersebut baru sahaja selesai menuai padi maka ada di antara penduduk-penduduk bermurah hati menginfaqkan hasil padi untuk disumbangankan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Bagan Serai,ADUN Gunung Semanggol dan ADUN Selinsing. Selesai sahaja majlis penyampaian bantuan DS Ir. Nizar telah menyampaikan tazkirah ringkas sambil menunggu untuk berbuka puasa. Selesai mengimamkan solat maghrib Ds Ir. Nizar meneruskan program beliau iaitu solat Isyak dan Tarawih di Pusat Pendidikan Islam (PUPIS) dan seterusnya menyampaikan tazkirah perdana.

Selasa, 1 September 2009

LAWATAN PESURUHJAYA PAS PERAK KE BAGAN SERAI

|

Bagan Serai. 30.8.09 : Lawatan kerja Pas Perak ke Kawasan Bagan Serai telah diadakan di Surau Al-Ansar, berhampiran rumah Almarhum Tn Guru Haji Sabran Haji Asmawi. Kehadiran rombongan dari negeri ini adalah siri lawatan Pesuruhjaya PAS Perak yang baru keseluruh negeri dan dimaklumkan bahawa hari ini dua kawasan telah terlibat iaitu Larut dan Bagan Serai. Turut hadir bersama rombongan Ustaz Mustafa (Timb. Pesuruhjaya) Tn Haji Rahim (Bendahari) Ustaz Zawawi (Ketua Pemuda) dan Sdr Hafiz


Ustaz Mustaffa Shaari sedang menyampaikan
Tazkirah selepas solat terawih


Ustaz Abu Bakar Husin menyampaikan Tazkirah



Perbincangan tertutup bersama Pimpinan PAS Kawasan

PROGRAM KEBAJIKAN DITERUSKAN

|

SEMANGGOL: Program kebajikan anjuran MTD N11 Gunong Semanggol diteruskan keseluruh DUN Gunong Semanggol dan kali ini diadakan di Daerah Mengundi Kampung Tua. Seramai lebih 25 orang penerima sumbangan berupa barangan keperluan harian telah disampaikan oleh YB Haji Ramli Tusin. majlis ringkas tersebut telah diadakan di Surau Ibtadai'iah Kampung Tua bermula jam 6 petang. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Ketua UPU, kemudian disusuli dengan ucapan Pengarah MTDN11 dan seterusnya ucapan dari YB Haji Ramli Tusin.




Turut hadir kemajlis tersebut isteri YB Haji Ramli Tusin Pn Hajjah Latifah, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan Serai Pn Hajjah Rohaya Bakar dan beberapa pimpinan PAS kawasan yang lain. Selepas itu majlis diteruskan dengan tahlil , berbuka puasa , solat waktu , solat teraweh berjemaah dan diakhiri dengan Tazkirah Ramadhan yang juga oleh Haji Ramli sendiri.

Menurut Pengarah MTD N11, Haji Yusof Zainon, program ini telah bermula sejak sebelum bulan Ramadhan lagi dan InsyaAllah akan berterusan. Beliau juga menyeru kepada orang perseorangan atau syarikat-syarikat yang ingin menderma bagi meringankan bebanan masyarakat yang kurang mampu terutama menjelangnya hari raya aidilfitri.