Isnin, 28 Disember 2009

ORANG MUDA GENG KITA

|


Program Orang Muda Geng Kita yang dilaksanakan oleh Dewan Pemuda PAS kawasan Bagan Serai mendapat sambutan yang menggalakkan. Program tersebut yang merupakan agenda DPPN negeri Perak yang bertujuan untuk menarik minat golongan muda mendekati pemuda PAS yang bukan semata-mata memfokuskan kepada isu-isu politik tetapi dalam semua aspek termasuk kebajikan, sukan dan kesenian. Program orang muda geng kita peringkat Kawasan Bagan Serai yang dilancarkan oleh Tuan guru Haji Hadi pada November lalu melibatkan pertandingan badminton, futsal dan persembahan malam kesenian Islam. Pertandingan badminton yang dilansungkan selama dua hari melibatkan pertandingan acara bergu menarik penyertaan lebih kurang 30 pasukan dari dari cawangan PAS di sekitar Bagan Serai dan telah diadakan di Dewan Ustaz Wahab Nor Masjid Tinggi.

Manakala bagi pertandingan Futsal pula yang diadakan pada 13hb. Disember 2009 melibatkan sebanyak 24 pasukan yang mewakili cawangan masing-masing juga dari sekitar bagan Serai. Sememangnya sukan Futsal menjadi pilihan ramai khususnya golongan muda kerana ia memerlukan kemahiran kesefahaman dan stamina yang tinggi dan pasukan yang memiliki perkara-perkara tersebut berhak menjadi juara.

Dalam pertandingan badminton, johan pertandingan telah disandang oleh PAS cawanganSimpang Lima, Naib Johan disandang oleh PAS cawangan ALlr Pongsu. Manakala tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh PAS cawangan Parit Mentara dan PAS cawangan Gunung Semanggol. Bagi pertandingan Futsal pula, johan dimenangi oleh PAS cawangan Pusat Bandar, tempat kedua dimenangi oleh PAS Cawangan Masjid Tinggi dan tempat ketiga dimenangi oleh JUStice FC yang mewakili Parti keadilan rakyat.

Kemuncak program Orang Muda Geng Kita ialah majlis penyampaian hadiah yang diserikan dengan persembahan Azhan Atan, Juara Akademi Nasyid musim pertama. Manakala hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YDP PAS Bagan Serai merangkap ADUN Gunung Semanggol yang telah meluangkan masa menjayakan masjlis tersebut.

YB Ramli menyampaikan hadiah kepada Johan Futsal

Johan Pertandingan bdminton



Ahad, 20 Disember 2009

ADUN Ziarah Kematian Ahli PAS dan Ahli Keluarga Pengerusi DAP Bagan Serai

|

ADUN Gunung Semanggol dan ADUN Selinsing melapangkan masa mereka untuk menziarah kematian dua orang penyokong pakatan rakyat yang telah meninggal dunia pada 17hb. Disember yang lalu. salah seorang daripada mereka adalah Ahli PAS yang merupakan penyokong kuat yang sentiasa memberi sokongan dalam apa-apa jua program yang dilaksanakan di sekitar kawasan Bagan Serai. Allahyarham Baharin merupakan penduduk di kawasan Parit Gabis Atas telah meninggal dunia pada hari tersebut setelah koma selama dua hari selepas terlibat dalam satu kemalangan langgar lari sewaktu beliau keluar untuk menunaikan solat Subuh. Beliau merupakan seorang yang disenangi oleh setiap kenalan dan sentiasa menunjukan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada PAS. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima orang anak yang kesemuanya masih bersekolah. sehubungan dengan itu, bagi mengenangkan serta meringankan beban beliau PAS kawasan Bagan Serai khususnya lajnah Kebajikan PAS kawasan serta Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda akan cuba membantu untuk menyalurkan bantuan serta memastikan pembelajaran anak-anak beliau tidak terhenti.

Pada sebelah petang pula kedua-dua ADUN telah menziarahi ahli DAP Bagan Serai Encik George yang mana ibunya telah meninggal dunia kerana uzur. Suasana di perkarangan kawasan rumah yang pernah menjadi pentas bagi agak sepi dan ramai yang hadir pada hari tersebut adala dari kalangan sahabat handai dari PAS, Parti Keadilan Rakyat, kenalan jiran-jiran terdekat dan juga saudara mara Encik George. Bagi pihak PAS kawasan Bagan Serai kami mengucapkan takziah kepada balu dan keluarga Allahyarham dan mendiang.

Khamis, 10 Disember 2009

KONVOKESYEN PASTI KAWASAN BAGAN SERAI MERIAH

|



Satu majlis Konvokesyen telah dilaksanakan oleh Lajnah PASTI Bagan Serai pada 15hb.November 2009 yang lalu yang mana ia bertujuan meraikan murid-murid PASTI yang akan meneruskan pembelajaran ke peringkat Sekolah rendah pada sesi 2010 akan datang. Seramai lebih kurang 200 orang pelajar PASTI yang berumur 6 tahun dari seluruh kawasan Bagan Serai , menerima sijil konvokesyen masing-masing yang telah disampaikan oleh YB Ramli bin Tusin selaku YDP PAS kawasan Bagan Serai dan Puan Hajjah Rohaya Bakar selaku Ketua dewan Muslimat PAS kawasan Bagan Serai. Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PASTI Ustaz Marul Hairi diserikan dengan pelbagai acara yang menarik seperti penyampaian khutbah nasyid, pidato, azan dan bacaan Al-Quran yang disampaikan oleh murid-murid PASTI sendiri. Ustaz Marul dalam ucapannya juga berharap agar ibu bapa-ibu bapa pelajar PASTI terus memberi sokongan kepada PASTI kerana PASTI merupakan satu-satunya Pusat Pendidikan PRA sekolah yang menerapkan pembelajaran dan pendidikan agama yang berkesan.

Menurut saudara Azara’ai selaku Ketua Lajnah PASTI Kawasan Bagan Serai, pada majlis Konvokesyen kali ini beliau meminta seluruh ibu bapa hadir sebagai tanda sokongan kepada anak-anak khususnya dalam menaikkan semangat untuk belajar. Sememangnya pada majlis konvokesyen kali ini ibu bapa pelajar PASTI hadir untuk menyaksikan anak masing-masing sehingga majlis selesai.

|

Pecah Perut Bakal Jadi Kenyataan.

Doa Menteri Besar Kelantan yang dijadikan isu oleh UMNO BN nampaknya bakal dimakbul oleh Allah s.w.t. apabila hari ini dengan jelas terpapar sekeping gambar, "lets cheers", Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Mohd Najib Tun Razak bersama-sama Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjiva.

Ianya dipercayai dirakam di dalam majlis Jambatan Persahabatan yang menghubungkan Bukit Bunga yang terletak di Malaysia dan Ban Buketa di selatan Thailand yang menurut Najib membuktikan hubungan persabahatan yang erat antara dua negara sejak 50 tahun lepas.

Di dalam gambar berkenaan, Najib selaku seorang "pemimpin beragama Islam" tidak segan silu untuk melakukan satu majlis cheers, yang ramai meyakini Najib bersama PM Thailand memegang segelas wain setiap seorang, semata-mata untuk membuktikan hubungan persabahatan yang erat antara dua negara .

Minta Tan Sri Harussini mengeluarkan fatwa berkenaan perkara ini,

Rabu, 9 Disember 2009

MB NIZAR HADIRI MAJLIS PERKAHWINAN ANAK MR BEH

|

Majlis perkahwinan anak perempuan Mr Beh Heng Kin ( Pengerusi Kelab Penyokong PAS Bagan Serai) telah di adakan pada 5 Disember 2009 yang lalu. MB Nizar berkesempatan memenuhi jemputan ke majlis tersebut.

Kehadiran MB Nizar disambut oleh Mr Beh


Mr Beh Heng Kin Mengalu-alukan kehadiran tetamu


MB Nizar menyampaikan sumbangan peribadi kepada beberapa persatuan

Mr Meng menyampaikan cenderahati kepada MB Nizar atas kesudian beliau menyampaikan sumbangan


Pasangan pengantin bergambar kenangan bersama YB, kelihatan YB Khalil, YB husin dan YB Ramli serta sdr Osman (Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Taiping)

YB Mujahid dan isteri turut hadir ke majlis tersebut