Sabtu, 16 Januari 2010

LAGI KES PARIT DAN JALAN...

|


Hari ini YB telah berkunjung ke Kampung Tengah,Semanggol untuk mendengar dan melihat sendiri aduan dari penduduk kampung tersebut.Aduan pertama adalah mengenai sistem pengaliran air yang tersekat akibat tersumbat dan akhirnya membawa kepada bencana banjir.Pengaliran air tersekat adalah disebabkan oleh lambakkan batu-batu yang ditolak arus air hujan melalui sungai kecil yang menghubungkan dengan parit menyebabkan dasar parit menjadi cetek.Sebab kedua adalah kerana lumut yang terdapat di dalam parit terlalu tebal sehingga menghalang air mengalir.Kesimpulannya apabila dasar parit telah cetek dan lumut terlalu tebal lalu air tidak dapat mengalir dengan baik dan apabila hujan turun maka banjirlah kawasan di sekitarnya.Menurut Mat Desa b Mat,72,parit ini dikorek oleh pihak JPS untuk kegunaan GSL membuang sisa klorin.Sisa klorin yang mengalir di parit ini dialirkan terus ke sungai Kampung Dew. Selepas itu YB bertemu pula dengan penduduk kampung yang lain.Aduan kali ini adalah mengenai jalan dan longkang yang tersumbat.Menurut saudara Omar b Mat Desa,45,sudah lama penduduk memohon supaya diturap jalan ini kerana disepanjang jalan ini terdapat lima buah rumah.Laluan ini adalah satu-satunya laluan alternatif mereka untuk ke mana-mana sekalipun.Saudara Omar juga turut mengadu mengenai longkang yang tersumbat di kiri dan kanan jalan yang menghubungkan antara tiga kampung iaitu Kampung Ehya,Kampung Tengah dan Kampung Sungai Perikan.Bila tiba musim hujan,jalan ini mudah dinaiki air kerana longkangnya telah teruk tersumbat.Di sini YB mengingatkan kepada semua pihak yang yang bertanggungjawab di atas semua permasalahan ini supaya turun padang untuk membantu menyelesaikannya.Dalam mengejar arus pemodenan jangan pula kita lupa kepada rakyat yang kesusahan kerana rakyatlah yang menjadi tulang belakang kepada cita-cita tersebut.Jadi,bantulah rakyat tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik.Jangan lupa kata-kata "RAKYAT DIDAHULUKAN".

0 ulasan: