Rabu, 6 Januari 2010

MUSIM PERSEKOLAHAN KEMBALI

|






Musim persekolahan kembali lagi. Bagi ibu bapa khususnya kepada anak-anak yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan, ini merupakan cabaran yang perlu dihadapi bagi meyakinkan anak-anak masing-masing untuk berada dalam suatu zon atau suasana berdikari, dalam erti kata lain, mampu berjauhan dengan ibu bapa ataupun penjaga. Setiap pelajar yang memasuki alam persekolahan mempunyai karenah masing-masing dan perbezaan ini begitu ketara jika dibandingkan sekitar 20-25 tahun dahulu. Sentiasa kedengaran tangisan murid-murid yang tidak mahu berjauhan denga ibu bapa. Tambahan pula dengan pendekatan guru-guru pada ketika itu yang agak tegas. Pun begitu, suasana telah berubah. Saat menjejakkan kaki ke alam persekolahan tahun satu pada masa kini tidak banyak bezanya dengan pendidikan pra-persekolahan. Jikalau dulu ada di antara ibu bapa murid-murid yang terpaksa menjadi ‘murid tua’ dalam kelas sehingga satu tempoh yang agak lama. Akan tetapi kini, anak-anak semakin matang dan mudah untuk beramah mesra dengan rakan-rakan seusia.Walau bagaimanapun, suasana tersebut adalah sebahagian daripada norma-norma kehidupan ibu bapa untuk memberi pendidikan kepada anak-anak kerana ia merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk anak-anak menjadi insan yang berilmu, soleh dan mampu memberi sumbangan kepada agama bangsa dan negara apabila dewasa kelak.



Bagi Dewan Pemuda PAS kawasan (DPPK) Bagan Serai, dalam memastikan pendidikan Islam manjadi pilihan masyarakat perlu ada sumbangan yang perlu dilaksanakan . melalui Jabatan PASTI DPPK, cawangan PASTI ke 13 di Taman Serai Permai telah ditubuhkan. Seramai lebih kurang 20 orang murid-murid telah mendaftar di PASTI tersebut dan telah dirasmikan oleh YB Haji Ramli bin Tusin selaku YDP PAS kawasan Bagan Serai pada 4hb. Januari 2010. Menurut saudara Azizul selaku pengerusi penaja PASTI Taman Serai Permai, pihaknya telah menerima banyak permintaan untuk menubuhkan PASTI akan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana beberapa faktor seperti lokasi yang bersesuaian yang memudahkan serta memberi keselesaan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka.

Sementara itu, YB Haji Ramli berharap agar Unit PASTI Dewan Pemuda PAS kawasan Bagan Serai dapat memperbanyakkan lagi unit-unit PASTI di kawasan Bagan Serai bagi memudahkan ahli-ahli PAS menghantar anak-anak mereka kerana ada dibeberapa kawasan tidak mempunyai kemudahan pra-sekolah atau pun pra-sekolah jauh dari kediaman. Tambah beliau lagi, walaupun PASTI tidak menerima bantuan khusus dari mana-mana pihak akan tetapi mutu pendidikan dan pembelajaran yang mempunyai sukatan khas yang diberikan adalah standing malah lebih baik dari sesetengah pendidikan pra-sekolah yang lain ada disini.

0 ulasan: