Selasa, 12 Januari 2010

PROGRAM MEMPERKASAKAN PARTI

|

Menjelang mesyuarat agung Pas cawangan yang akan datang ,satu taklimat etika dan peraturan mesyuarat agung telah diadakan di dewan Haji Wahab Nor,Masjid Tinggi.Peserta-peserta taklimat adalah terdiri daripada ketua-ketua dan setiausaha Pas cawangan di bawah Parlimen Bagan Serai.Taklimat ini telah disampaikan oleh saudara Khalilul Rahman,setiausaha eksekutif Pas Perak.Turut hadir dalam sesi taklimat ini adalah YDP dan Timbalan YDP Pas kawasan Bagan Serai.Antara isi-isi taklimat beliau adalah bagaimana hendak menjalankan tanggungjawab yang telah diberi untuk memastikan setiap mesyuarat berjalan lancar mengikut prosedur yang telah ditetapkan.Ini amat penting bagi memantapkan prestasi di setiap cawangan.Selain dari itu,beliau juga mengingatkan bahawa pelaksanaan sesuatu tugas perlulah dilakukan secara telus dan Istiqamah dan bukannya sekadar mengisi kekosongan jawatan sahaja.

0 ulasan: