Isnin, 18 Januari 2010

SUMBANGAN YANG TAK PUTUS-PUTUS....ALHAMDULILLAH

|

Ini adalah kali kedua YB melawat Puan Ewah Bt Yaakob,65.Kali ini YB turun bersama-sama Dewan Muslimat Pas Kawasan yang diketuai oleh Puan Hjh Rohaya Bt Abu Bakar.Sumbangan kali ini berupa makanan asas dan sedikit wang yang disumbangkan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan.Turut hadir bersama YB ialah Ketua Pas Cawangan Parit Haji Ali,Hj Mohd Nasir B Hj Mohd Sagir.

Seterusnya YB ke rumah Puan Hjh Mokziah Bt Hasan,54 yang terkena stroke.Sumbangan juga berupa makanan asas dan sedikit wang.






Dan akhir sekali saya berkunjung ke rumah Allahyarham Bahrin yang meniggal dunia lebih kurang sebulan yang lalu.Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak.Sumbangan dari PASTI negeri ini berupa wang sebanyak RM500 yang disampaikan oleh YB kepada anak sulung Allahyarham,Siti Aisyah Bt Bahrin.Menurut Siti Aisyah,18,bapanya meninggal selepas tiga hari dia tamat menduduki peperiksaan SPM.Di sini YB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dan terima kasih juga kepada Dewan Muslimat Pas yang dapat meluangkan masa mengiringi beliau.

0 ulasan: