Jumaat, 15 Januari 2010

TAKZIAH DAN TAHNIAH...!!!

|

Hari ni seorang pelajar tingkatan 3 SMK Alang Iskandar telah kembali ke Rahmatullah.Mohd Saufi B Mohd Salleh,15 mengalami demam panas sebelum Allahyarham meninggal.YB Ramli Tusin selaku YDP Pas kawasan Bagan Serai turut hadir untuk menyembahyangkan jenazah Mohd Saufi di masjid Matang Gerdu,Bagan Serai.


YB Ramli mengusung jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan


Dalam perjalanan pulang,YB meluangkan sedikit masa melihat penduduk kampung Ehya bergotong-royong menaikkan khemah untuk majlis perkahwinan anak lelaki Hj Said Hj Medon .Turut hadir adalah Ketua Kampung(JKKKP) En Ismail Medon.

YB turut membantu memasang khemah

0 ulasan: