Khamis, 21 Januari 2010

TAUKE KAYA RAYA TAPI.....

|

"Dulu jalan ini berturap elok dengan tar,tetapi sejak 2,3 tahun kebelakangan ini,jalan ini mulai rosak sedikit demi sedikit apatah lagi bila tiba musim hujan,"kata Hj Kamarudin B Mohamad,58,mantan Ketua Kampung Pancor ketika mengiringi YB meninjau kawasan ini. Semua ini gara-gara kegilaan tauke-tauke besar yang mengejar kekayaan dengan menceburi bidang ternakan ikan kelisa atau arowana yang menjanjikan pulangan ratusan ribu ringgit pada setiap bulan.Kawasan sawah padi di sekitar Pancor ini telah hampir habis dijual oleh penduduk kampung kepada tauke-tauke kerana tanah di kawasan ini dikatakan berpotensi besar untuk menghasilkan ikan kelisa berkualiti tinggi yang tidak dapat dihasilkan di tempat lain di Malaysia.Tetapi kegilaan tauke-tauke ini akhirnya menaikkan kemarahan penduduk kampung kerana jalan alternatif di sini iaitu Jalan Pancor Kiri dan Jalan Pancor Kanan menjadi rosak teruk akibat jentera berat yang keluar masuk membawa bahan-bahan binaan untuk projek ikan kelisa ini.Pada pendapat YB,projek ini adalah satu projek yang baik kerana secara tidak langsung ianya dapat menarik minat pelabur-pelabur asing seterusnya dapat menaikkan mutu industri pelancongan di negara khususnya di kawasan Pancor ini.Akan tetapi tauke-tauke ini perlu juga mengambil kira perasaan orang kampung,kerana jalan ini digunakan oleh majoriti penduduk kampung untuk aktiviti harian mereka.Habuk juga banyak terdapat pada cermin rumah dan kenderaan mereka akibat aktiviti jentera berat tauke-tauke ini.Apa salahnya jika tauke-tauke besar ini mengeluarkan modal untuk membaiki jalan ini.Berjuta-juta ringgit sanggup dihabiskan untuk kolam ikan takkanlah ratusan ribu ringgit tak boleh disalurkan untuk membaiki jalan ini.Jika jalan elok lebih ramai pelanggan akan datang untuk membeli ikan-ikan ini.YB juga turut menyarankan kepada pihak JPS untuk memantau permasalahan ini memandangkan jalan ini dibina di atas reseb JPS.Diharapkan tauke-tauke ini dapat bekerjasama dengan pihak JPS ataupun pihak JKR untuk sama-sama menyelesaikan masalah jalan rosak ini.Jangan terlalu mengejar kekayaan tetapi lupa pada yang teraniaya.

0 ulasan: