Selasa, 23 Februari 2010

ZAMBRY BOHONG!!! INI BUKTINYA...!!!

|

Lebih kurang pukul 11 pagi tadi YB Ramli telah menghadiri satu sidang media yang telah diadakan di Pejabat Pakatan Rakyat di Ipoh.Turut hadir adalah YB Sivakumar(Speaker Sah Dun Perak),YB Tai Sing Ng dan beberapa Adun lain.Ianya diadakan bertujuan untuk membidas kenyataan Dato Seri Zambry yang menyatakan bahawa ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak selama 11 bulan,tidak seorang pun ADUN dan MP dari Barisan Nasional yang dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Tindakan Daerah(JKTD).Sesungguhnya kenyataan beliau adalah satu fitnah!!!Di sini Dato Seri Nizar Jamaluddin telah membangkang dengan sekeras-kerasnya kenyataan fitnah itu dengan bukti minit mesyuarat JKTD yang telah dihadiri oleh ADUN dan MP Pakatan Rakyat dahulu.Sesungguhnya ADUN dan MP dari BN juga dijemput untuk sama-sama bermesyuarat dan membincangkan masalah rakyat untuk diselesaikan.Akan tetapi kebanyakan dari mereka yang tidak hadir!...Untuk Daerah Kinta,YB Hamidah(Sg Rapat),YB Nazri(Manjoi) dan YB Husni(MP Tambun) tidak hadir ke mesyuarat JKTD ini.
Seperti contoh mesyuarat JKTD Kerian,YB Sham B Mat Sahat turut dipanggil untuk bermesyuarat tetapi beliau sendiri tidak hadir.Sekali dua ponteng bolehlah diterima tetapi 6(Enam) kali bermesyuarat,semuanya keenam-enam kali juga YB Sham tidak hadir.Buktinya ada di bawah ini.Dan tiada pula wakil untuk menggantikan beliau.

Dan sekiranya benar kerajaan PR tidak memanggil ADUN dan MP BN untuk turut sama dalam mesyuarat JKTD bagaimana pula dengan YB Dato Zahir(Kamunting) dan YB Rosli(Trong) boleh pula turut sama dalam mesyuarat JKTD di Daerah Larut Matang dan Selama???

Jadi kesimpulannya Zambry telah membohongi rakyat Perak dan cuba memburukkan Pakatan Rakyat Perak.Insaflah dari terus menidakkan perkara baik yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat ketika pernah memerintah Perak selama 11 bulan suatu ketika dulu sebelum dirampas!!!

Rabu, 17 Februari 2010

SIAPA KATA KAUM CINA TAKUT DENGAN PAS???

|

Sebentar tadi YB dan isteri baru pulang dari menghadiri jamuan makan malam di rumah Ketua Kelab Penyokong PAS Bagan Serai,Encik Beh Heng Kin.Turut dijemput adalah ahli Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Bagan Serai yang diketuai oleh Saudara Mohd Nasib.Adun-adun lain yang turut hadir adalah YB Haji Husin Din(Selinsing),YB Yunus Jamhari(Kuala Kurau) dan juga YB Khalil Idham dan isteri(Titi Serong).Jamuan ini bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang dirayakan oleh kaum Cina.Pada majlis ini,selain kaum Melayu,kaum India juga turut hadir memenuhi jemputan Encik Beh.Kalau dahulu dikhabarkan kaum Cina cukup takut nak dekat dengan orang PAS.Sekarang siapa kata kaum Cina takut nak rapat dengan orang PAS???Kalau kaum Cina takut dengan PAS,maknanya takkan dijemputlah YB Semanggol,YB Selinsing dan YB Titi Serong pada malam ini.Ini baru betul,kaum Cina menjemput tetamu yang bukan dari kaumnya datang ke rumah bukan macam Zambry(Hidup Melayu) yang beria-ia pula mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di rumahnya.Cuba kita bayangkan kalau Hari Raya Puasa nanti,Dr Mah Hang Soon yang buat jamuan Hari Raya Puasa di rumahnya...Tengok gambar di atas,semua kaum boleh duduk semeja bersembang dan bergurau tetapi bila tiba waktu makan telah diasingkan antara menu halal dan tidak halal.Katerer khas telah diupah oleh Encik Beh untuk memasak makanan untuk kaum Melayu.
Sebelum berangkat pulang diadakan pula sesi bergambar antara ADUN PR dengan pemuda dari kaum Cina.

Sabtu, 13 Februari 2010

Majlis AKAD NIKAH

|

Semalam bertarikh 12hb Februari 2010,sepasang bakal pengantin telah selamat diijabqabulkan oleh YB sendiri merangkap Naib Kadi Kawasan Pondok Tanjung.Nazirah Bt Kamarudin dengan pasangannya Mohd Al Israa B Saiful Bahari dinikahkan di Masjid Jamek Mat Din,Pondok Tanjung dengan mas kahwin sebanyak RM777 dan wang hantaran berjumlah RM7000.YB telah menjadi Naib Kadi sebelum bergelar wakil rakyat lagi.Bagi negeri Perak upah nikah adalah sebanyak RM115 yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Perak bahagian Undang-undang Keluarga.Seperti biasa sebelum acara pernikahan,terlebih dahulu diadakan acara "Wakallah" yang bermaksud pengantin perempuan memohon izin dari bapanya@wali untuk dinikahkan dengan pasangannya.Setelah si bapa@wali mengizinkan pernikahan tersebut,kemudiannya si bapa@wali mewakilkan kepada naib kadi untuk menikahkan anaknya.Tetapi dibolehkan juga sekiranya si bapa@wali ingin menikahkan sendiri pasangan tersebut tetapi atas persetujuan naib kadi.Cara ini lebih afdal.
Perkara kedua adalah naib kadi perlu membacakan "Khutbah Nikah" kepada pengantin lelaki.Antara isi kandungan khutbah yang dibacakan adalah menurut firman Allah SWT,pernikahan digalakkan di dalam Islam bagi mengelakkan perbuatan zina.Selain itu,sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud pernikahan adalah sunnahku,sekiranya tidak melakukan pernikahan secara sah ia bukan dari umatku.
Kemudian,tibalah saat-saat yang paling mencemaskan dan mendebarkan bagi pengantin lelaki iaitu acara "Ijab" yang bermaksud lafaz yang disebut oleh naib kadi dan "Qabul" bermaksud lafaz terima yang disebut oleh pengantin lelaki.Ini merupakan acara kemuncak kerana di acara inilah bermacam kerenah pengantin lelaki yang dapat kita lihat.Ada yang tersasul,ada yang tergagap,ada yang berpeluh dan kadangkala ada mengucapkan "Qabul" sehingga berbelas kali.....
Dan Alhamdulillah,dengan sekali lafaz pengantin ini telah sah bergelar suami isteri.Dan doa terus dibacakan sebagai penutup untuk majlis pernikahan ini.
Sebelum berangkat pulang pengantin lelaki perlu membaca "Taklik" iaitu perjanjian antara si suami dengan si isteri.Selepas itu pengantin lelaki perlu menandatangani borang taklik serta sijil nikah sementara.Sijil nikah yang asli boleh diambil di Pejabat Agama dalam tempoh 2 minggu.Setelah semuanya selesai,YB mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai ini.

Khamis, 11 Februari 2010

PROGRAM GOTONG-ROYONG

|

Hari ini YB telah terlibat dengan aktiviti gotong-royong di Kampung Alor Setanggok.Program ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Muslimat Pas DUN Semanggol dan dibantu oleh Unit Amal Kawasan Bagan Serai yang diketuai oleh saudara Abral bin Mohamed Noor .Program ini tertumpu di rumah Encik Ismail B Awang,66 atau lebih mesra dengan panggilan Pak Long.Turut mengiringi YB adalah isteri beliau,Hjh Latifah Bt Hj Salleh.Tengoklah keadaan rumah Pak Long yang sangat daif,mereput hampir sebahagian rumahnya.Selain dari membersihkan kawasan sekitar,barang-barang keperluan turut disumbangkan kepada Pak Long.Tempat tinggal Pak Long hanyalah sebuah pondok usang yang tidak mempunyai bilik,tiada ruangan dapur dan paling mengejutkan tiada bilik air!!!Setiap kali hendak buang air kecil dan besar,Pak Long melepaskan hajatnya melalui sebuah lubang di lantai pondoknya itu.Menurut Pak Long,dia tinggal seorang diri sahaja di pondok ini dan kadang-kadang ditemani oleh anak kawannya yang tinggal berhampiran. Anak-anak Pak Long sudah tidak ambil tahu lagi mengenai Pak Long atas sebab-sebab peribadi. Cuma disini YB berpendapat Pak Long berhak mendapat bantuan kerajaan contohnya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat.Menurut adik Pak Long,Puan Sapiah Bt Awang,47,abangnya sudah terlantar tidak dapat bangun lebih kurang dalam 5 bulan kerana pinggangnya sakit.Sampah sarap dan semak samun disekeliling rumah Pak Long dibersihkan dan dibakar.Muslimat pula sibuk memasang almari pakaian dan menukar barang keperluan dapur Pak Long.Jiran Pak Long turut sama membantu di dalam program ini.Di akhir program adik Pak Long,Puan Sapiah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang turun padang mengadakan gotong-royong membersihkan pondok abangnya.Dia sangat terharu apabila melihatkan YB sendiri turut berpanas dan berpeluh membantu mereka yang lain.YB menyeru kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Pak Long,dalam apa jua bentuk sumbangan amatlah dialu-alukan.Selepas ini mana tahu mungkin kita boleh adakan gotong-royong yang kedua,iaitu untuk membaiki pondok Pak Long pula seperti menukar atap dan juga dinding pondok yang mula mereput.Wakil YB akan berurusan dengan pihak JKM bagi mendapatkan bantuan wang bulanan.

TOLONG KAMI...

|

Kali ini YB turun ke kawsan Alor Setanggok kerana mendapat aduan mengenai jalan yang rosak teruk.Pengadu Puan Kalsom Bt Omar,56,menerangkan bahawa jalan itu rosak akibat lori dan jentera berat yang keluar masuk terutamanya apabila musim menuai padi.Paling bahaya apabila lopak jalan ini digenangi air bila hujan turun dengan lebat kerana ketika itu sukar untuk dielakkan lopak-lopak ini.Menurut Haji Sulaiman B Taib,71,jalan ini satu-satunya jalan yang menghubungkan Kampung Tanjung Harapan dengan pekan kecil Sungai Gedong dan Kampung Tua.Sudahlah sempit rosak pula,jadi semakin bahaya bila kenderaan seperti kereta bertembung antara satu sama lain.Terdapat lebih kurang 50 buah rumah disepanjang jalan ini.Jadi YB amat berharap pihak terbabit dapat menyelesaikan masalah ini.YB juga ingin menegaskan kepada ahli-ahli majlis mesyuarat Pejabat Daerah membawa setiap masalah rakyat ke dalam mesyuarat dan cari penyelesaian,jangan hanya berlagak ada jawatan tapi kerja tak dilaksanakan..Ingatlah,anda dipilih rakyat.Sekiranya tidak tahu sumber mana hendak diambil,dengan segala hormatnya YB mempersilakan melawat ke blog ini kerana blog ini sentiasa memaparkan masalah rakyat.YB dan wakilnya sentiasa turun ke kawasan untuk meninjau,mendengar dan cuba menyelesaikan masalah rakyat..."RAKYAT DIDAHULUKAN"

Rabu, 10 Februari 2010

MELAWAT DAN SAMPAIKAN SUMBANGAN

|

Petang tadi YB meluangkan masa turun ke kawasan Pondok Tanjung untuk bertemu dengan penduduk kampung.Seprti biasa persoalan yang pertama sekali sekali penduduk ajukan kepada YB adalah mengenai situasi PR setelah mahkamah mengisytiharkan Dato Seri Zambry sebagai MB Perak yang sah.YB menjelaskan bahawa PR harus terus bekerja keras untuk menguatkan jentera parti bagi menghadapi PRU 13.Perkara pertama yang harus dilakukan adalah mendaftarkan seberapa banyak pengundi baru yang masih lagi belum mendaftar.Selain dari itu,YB turut menegaskan supaya sebarang provokasi dan ancaman harus dielakkan seperti yang telah diamanatkan oleh Dato Seri Nizar dan semua rakyat Perak diminta bersabar dengan segala dugaan kerana "Mahkamah Rakyat" adalah mahkamah yang terbaik pada PRU yang akan datang memandangkan institusi kehakiman di negara ini sudah tidak boleh diharapkan sangat dan perlembagaan negara semakin punah dicabul oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Selepas itu sedikit sumbangan YB sampaikan kepada kaum Cina yang kurang berkemampuan sempena menyambut Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi.Turut hadir bersama YB adalah isteri YB sendiri Puan Hjh Latifah Bt Hj Salleh yang diiringi oleh Badan Kebajikan Muslimat Pas DUN Semanggol,diketuai oleh Puan Hamimah Bt Minhad..Sepatah dua kata YB sampaikan kepada penerima sumbangan sebelum mereka menerima sumbangan masing-masing.YB mengucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah kepada Badan Kebajikan Muslimat Pas DUN Semanggol di atas sumbangan hasil titik peluh mereka.

Isnin, 8 Februari 2010

PESANAN PENTING DS NIZAR KEPADA RAKYAT PERAK

|

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak.

Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.

Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.

Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.

Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya.

Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!

Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.

Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)! Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!

Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Ahad, 7 Februari 2010

DOAKAN KEMENANGAN UNTUK DS NIZAR

|

.
Pada sebelah pagi semalam telah berlangsung satu aktiviti konvoi yang melibatkan YB-YB Pakatan Rakyat Perak,AJK dari parti PAS,DAP dan PKR serta para penyokong Pakatan Rakyat.Tujuan konvoi ini adalah untuk bertemu dengan rakyat Perak dan secara tidak langsung akan meneruskan desakan supaya DUN Perak dibubarkan.Sebuah bas menghala ke selatan Perak yang diketuai oleh saudara Amran Harun dan sebuah lagi ke utara Perak diketuai oleh YB Khalil Idham.Pelbagai tempat telah dirancang untuk para pemimpin PR ini bertemu dengan rakyat dan program kemuncak adalah ceramah kelompok.Turut sama dalam aktiviti konvoi ini adalah YB Ramli Tusin.Beliau turut menyampaikan ceramah di kawasan Kedai 4,di bawah Dun Titi Serong bersama-sama dengan YB Tai Sing Ng(Kuala Sepetang).Kedua-dua YB ini membangkitkan kembali kisah rampasan kuasa yang dilakukan oleh Umno/BN.Bubar DUN patut dilaksanakan supaya kerajaan yang sah dapat ditubuhkan.Rampasan kuasa oleh Umno/BN itu adalah satu kezaliman kerana mereka menggunakan pelbagai taktik kotor untuk merampas Perak dari Pakatan Rakyat.Sehubungan dengan itu,seluruh rakyat Perak doakanlah kemenangan akan berpihak kepada DS Nizar.Jika hal ini menjadi kenyataan,DS Nizar tidak akan teragak-agak untuk menghadap sultan untuk memohon pembubaran DUN.Apa pun DS Nizar perlu menang pada 9hb Februari ini.Ayuh rakyat Perak semua kita tentang kezaliman yang telah dilakukan oleh Umno/BN ini!!!!!Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar!!!!

Sabtu, 6 Februari 2010

HISHAMUDIN PATUT AMBIL TINDAKAN...!!!!

|

Ucapan Dato Nasir Safar pada seminar 1 Malaysia di Melaka telah menaikkan kemarahan kaum India dan kaum Cina.Beliau melabelkan kaum India sebagai pelampau dan kaum Cina sebagai penjual tubuh.Selain daripada itu,Dato Nasir juga cuba mengugut menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.Berikutan dengan hal ini,Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Bagan Serai telah mengambil inisiatif dengan membuat laporan polis terhadap Dato Nasir Safar.Menurut saudara Alphonse a/l Arulandu,38,ucapan Dato Nasir Safar itu seolah-olah ingin mencetuskan pergaduhan kaum dan sepatutnya beliau wajib disumbat ke dalam ISA!!!Rombongan ini turut disertai oleh Ketua Kelab Penyokong Pas,Encik Beh Heng Kin.Oleh itu,sebagai warganegara Malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran hidup maka mereka mendesak pihak polis untuk melakukan penyiasatan yang terperinci dan mengambil tindakan yang tegas terhadap Dato Nasir Safar.

Khamis, 4 Februari 2010

LAGI MASALAH JALAN ROSAK....

|

Pagi tadi selepas selesai urusan di pejabat,YB meluangkan masa turun ke Kampung Parit Gabis Atas untuk meninjau keadaan jalan kampung tersebut yang dikatakan mendap.Di situ YB berjumpa dengan Abdul Wahab B Amri,65 ahli JKKKP kampung tersebut.Menurut beliau sudah hampir 2 tahun jalan tersebut berkeadaan demikian.Pelbagai aduan telah dibuat tetapi masih belum ada sebarang tindakan yang diambil.Sudah berkali-kali musim padi tiba dan setiap kali musim itulah lori dan jentera berat padi melalui jalan ini,maka bertambah teruklah keadaannya.Dalam 2,3 bulan yang lepas ada juga MB Perak Barisan Nasional yang masuk ke kampung ini tetapi tiada juga tindakan diambil.Jalan ini adalah laluan utama penduduk di sini untuk melaksanakan aktiviti harian mereka.YB berharap aduan penduduk di sini diambil berat oleh pihak yang terlibat.Daripada diturap jalan yang sudah sediakalanya elok lebih baik digunakan peruntukan itu untuk memperbaiki jalan ini serta jalan-jalan rosak yang lain.

SIAPA PUNYA KERJA NI...???

|

Pada asalnya terdapat kebocoran paip di sini,kemudian datanglah kontraktor yang membaikinya.Akan tetapi sesudah dikorek jalan ini dan kebocoran paip diperbaiki,malangnya tidak diturap semula dengan elok.Asalnya hanyalah sekadar lopak biasa teapi lama kelamaan akibat hujan panas dan kenderaan yang melaui jalan ini,maka bertambah besarlah lopak tadi.Keadaan jalan ini amat berbahaya terutamanya kepada penunggang motosikal.Demikianlah aduan daripada Ahmad Farid B Salleh,32.Sepatutnya jika sesuatu kerja dilaksanakan maka sempurnakanlah dengan sebaiknya.Jika terdapat kemalangan yang melibatkan kematian apakah pihak kontraktor ini sanggup bertanggungjawab?Buatlah kerja baik-baik.Laluan ini adalah susur keluar dari plaza tol Bukit Merah yang menghala ke Jalan Kubu Gajah seterusnya ke Pekan Semanggol.

Selasa, 2 Februari 2010

JALAN SEMPIT AKIBAT PASAR PAGI

|

Setiap pagi Selasa akan ada satu pasar pagi di sekitar kawasan Masjid Al Rahmaniah,Semanggol.Kalau dah namanya pasar pagi,maka ramailah orang yang datang termasuk YB sendiri membeli bahan-bahan kelengkapan dapur.Akan tetapi terdapat satu permasalahan yang sudah lama disebut-sebut oleh penduduk di sini kepada YB,iaitu mengenai keselamatan peniaga dan pembeli di pasar ini.Oleh kerana terlalu banyak gerai maka makin sempitlah tapak pasar ini hingga gerai-gerai peniaga menghampiri garisan putih di tepi jalan besar.Menurut Mohd Yusof B Musa@Pak Teh Leman,70,keadaan ini sangat berbahaya apatah lagi bila kenderaan seperti lori dan bas melalui di kawasan pasar ini.Jalan yang besar ini menjadi sempit apabila kenderaan ini saling berselisih.Risiko ini paling terdedah kepada pembeli yang leka membeli barang di gerai tepi jalan.Selain daripada itu,faktor lain yang menyebabkan jalan semakin sempit adalah disebabkan oleh kenderaan pembeli yang diletakkan dengan sewenangnya di tepi jalan ini.


Di sini ingin YB perjelaskan satu perkara mengenai tapak pasar pagi ini.Ketika di era Perak masih lagi diperintah Pakatan Rakyat dan ketika itu juga YB adalah salah seorang AJK Tindakan Dan Tanah Daerah,hal ini ada YB suarakan di dalam mesyuarat di hadapan Tuan Pegawai Daerah Kerian,En Ismail B Hassan.YB ada memberi cadangan supaya rumah lama penghulu(yang memang sudah usang),balai penghulu lama dan kawasan semak di sekitarnya dibersihkan dan diratakan supaya tapak pasar tersebut boleh diubah kesitu.Ini adalah kerana sudah ada tempat baru untuk dijadikan Pejabat Penghulu,rumah Penghulu dan dewan orang ramai.Jadi apa salahnya jika dilaksanakan idea YB tersebut.Lokasi cadangan YB telah diserahkan oleh Tuan Pegawai Daerah kepada pihak JKR untuk diselidik dan dibuat penilaian.Akan tetapi sejak berlakunya rampasan kuasa yang zalim hinggalah ke hari ini,masih tiada jawapan dari pihak yang berkaitan.Diterima atau tidak YB tidak tahu,Pusat Khidmat juga tidak menerima apa-apa respon.Jadi YB sangat-sangat berharap pihak yang terlibat tidak kiralah dari jabatan apa sekalipun sama-sama menangani masalah ini kerana ia melibatkan nyawa penduduk.Jangan disebut tiada peruntukan kerana bajet 2010 sudah diluluskan,jadi tiada masalah dari kewangan.Jangan diturap jalan yang masih elok sudahlah...Utamakan rakyat!!!