Rabu, 28 April 2010

YB RAMLI DI MAJLIS TILAWAH AL QURAN

|

Sebentar tadi YB Ramli dan isteri baru pulang dari memenuhi jemputan ke majlis tilawah Al-Quran peringkat daerah yang diadakan di dewan Sek Men Abu Bakar Al-Baqir(SABAR),Sungai Gedung,Bagan Serai.Majlis ini adalah anjuran Pejabat Daerah Kerian,Pejabat Agama Bagan Serai dan Parit Buntar serta Pejabat-pejabat Kerajaan Daerah Kerian.Program bermula pada pukul 9 malam.Antara yang hadir adalah OBJ Larut Matang dan Selama sebagai perasmi,Encik Ismail B Hassan(Pegawai Daerah Kerian),YB Hj Husin B Din,YB Sham B Mat Sahat,Dato Zaili Cha serta penghulu-penghulu dan ketua kampung-ketua kampung.

SUASANA HARI PENGUNDIAN DI PETI UNDI SKC

|

25hb April 2010(Ahad) merupakan hari untuk mengundi di Parlimen Hulu Selangor.Di bawah adalah gambar-gambar perayu undi di sekitar peti undi SKC yang diseliakawal oleh PAS Perak.


GAMBAR-GAMBAR SEBELUM TENGAHARI

GAMBAR-GAMBAR SELEPAS TENGAHARI

YB RAMLI BERKEMPEN DI HULU SELANGOR

|

Pada hari Khamis yang lepas,YB bersama pembantunya telah turun ke Palimen Hulu Selangor iaitu di kawasan Ladang SKC dan Kampung Seri Keledang.Lokasi pertama YB adalah ke rumah penginapan petugas-petugas PAS Perak yang terletak di Kuala Slim.

Selepas itu,YB bertolak pula ke Ladang SKC untuk berjumpa dengan petugas-petugas yang berada di bilik gerakan peti undi SKC.Kebetulan pula,PJ PAS Perak ,Ustaz Abu Bakar Hussin turut hadir sama untuk memberikan sokongan kepada petugas-petugas.Program pada hari itu adalah menunggu ketibaan calon untuk aktiviti minum petang dan beramah mesra dengan penduduk-penduduk SKC.

Pada sebelah malamnya pula,diadakan ceramah kelompok di Kampung Seri Keledang.Turut bersama dengan YB Ramli adalah YB Kesavan,YB Khalil Idham,Ustaz Misbahul Munir,Puan Hajjah Wan Hasrina Bt Wan Hassan(Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor) serta Professor Razali Bin Bolhi(Ketua Penyelaras PKR DUN Jeram)

Sebelum berangkat pulang,tuan kepada runah penginapan iaitu Haji Yusof(Pak Ndak) bergambar kenang-kenangan bersama YB Ramli.YB Ramli mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau di atas kesudian beliau menyewakan kediaman beliau kepada para petugas dan juga di atas layanan mesra beliau kepada semua orang.

Ahad, 18 April 2010

GAMBAR-GAMBAR HARI PENAMAAN CALON P.094

|

Selamat Datang Ke Kuala Kubu Bharu!!!

Penyokong-penyokong Barisan Nasional

Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat

Pasukan-pasukan Keselamatan