Selasa, 31 Ogos 2010

PERGINYA SEORANG TOKOH VETERAN PAS...INNALILLAH

|

PARIT BUNTAR : Jenazah tokoh PAS Parit Buntar, yang juga bekas Yang Dipertua PAS Parit Buntar Zulkarnain Haji Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Parit Tok Ngah berhampiran Masjid Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang.

Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berkata, lebih seribu orang jamaah telah menunaikan solat jenazah tokoh PAS berkenaan di Masjid Parit Tok Ngah.

“Ust. Zulkarnain , 74 yang telah terkena angin amar telah telantar sakit sekitar 10 tahun dan terakhir dimasukkan ke Hospital Parit Buntar dua hari lepas.

“ Rata-rata yang hadir mengiringi jenazah ke tanah perkuburan menyatakan ketokohan dalam perjuangan Islam beliau sukar dicari ganti”
Adnan berkata, semasa hayatnya Allahyarham pernah menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan menjawat jawatan Yang Dipertua PAS Parit Buntar pada tahun 1990.

“Allahyarham pernah menjadi calon PAS bagi kerusi DUN Simpang Lima semasa pilihanraya tahun 1969 dan pernah bertanding bagi kerusi Parlimen Parit Buntar semasa pilihanraya tahun 1974.

“ Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada PAS Parit Buntar dan PAS Perak. Takziah ke atas seluruh sanak saudara di atas kehilangan orang yang disayang” katanya

Menurut Adnan , Allahyarham juga banyak berjasa dalam bidang pendidikan terutama membangunkan Sekolah Agama Rakyat di Parit Buntar.

“Allahyarham adalah tokoh penting yang kuat mempertahankan Sekolah Agama Rakyat, malah pernah menjadi Mudir Sekolah Menengah Agama Al Falah, Parit Tok Ngah.

“Kegigihannya dalam memperjuangan wadah PAS dan pendidikan sekolah agama menjadikan beliau cukup dikenali di Parit Buntar dan kawasan sekitar” katanya
Antara tokoh pimpinan masyarakat yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husein, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang Elias Zakaria, Mufti Perak Tan Sri Harusani Zakaria, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Adun Titi Serong Drs Khalil Idham Lim,Adun Semanggol Ramli Tusin dan juga pimpinan PAS Perak dan Kawasan berdekatan serta pimpinan masyarakat setempat.

Isnin, 30 Ogos 2010

SUMBANGAN OLEH BADAN KEBAJIKAN DUN SEMANGGOL

|

Badan Kebajikan DUN Semanggol telah melipakaligandakan usaha untuk membantu mereka yang memerlukan di bulan Ramadhan ini.Kali ini kebanyakan bantuan adalah untuk ibu tunggal dan juga anak-anak yatim.YB Ramli bersama isteri telah diiringi oleh Muslimat yang diketuai oleh Puan Rohayah Bt Abu Bakar.
Peristiwa paling meyebakkan semua rombongan adalah bila mereka melawat ke sebuah rumah di mana terdapat dua orang OKU yang telah terlantar semenjak kecil.YB Ramli telah bercadang untuk membuat satu surat meminta dinaikan bantuan JKM kepada dua beradik ini.
Setelah semua bantuan telah disampaikan,Badan Kebajikan DUN Semanggol bercadang untuk melawat cucu YB Ramli yang telah lahir 1 Ramadhan yang lalu..

Khamis, 26 Ogos 2010

SUMBANGAN RAMADHAN

|

YB Ramli meluangkan sedikit masa dengan penduduk sekitar kediaman beliau untuk menyampaikan sedikit sumbangan sempena Ramadhan ini.

Rabu, 25 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TARAWIKH BERSAMA DS NIZAR

|

Semalam telah berlangsung dengan jayanya Majlis Berbuka Puasa penduduk Telok Medan denagn Dato Seri Mohd Nizar B Jamaludin yang diadakan di Masjid Ar Riduan,Telok Medan,Bagan Serai.Antara yang hadir adalah YB Ramli dan isteri,YB Husin serta ajak PAS Kawasan Bagan Serai.
Dato Seri yang tiba lebih kurang jam 630 petang terus memulakan majlis dengan sedikit tazkirah sebelum masuk waktu berbuka.Selepas Azan dilaungkan semua jemaah makan ala kadar kerana hendak menunaikan solat Maghrib dahulu dengan Dato Seri Nizar.
Sebelum Dato Seri meneruskan program di surau Simpang Empat,diadakan satu lawatan pendek dan juga sesi bergambar dengan pelajar-pelajar Maahad Ridhuaniah.Selepas itu Dato Seri bertolak ke Simpang Empat pula untuk menunaikan solat Tarawikh dan memberi sedikit tazkirah kepada jemaah di surau tersebut.

Rabu, 18 Ogos 2010

KUNJUNGAN DARI MUSLIMAT PAS PUSAT

|

Minggu lepas,satu rombongan dari Muslimat PAS pusat telah turun ke DUN Semanggol untuk mengadakan sesi lawatan dan penyampaian sumbangan untuk keluarga yang kurang mampu sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.Rombongan diketuai oleh Ustazah Nuridah Salleh(Ketua Muslimat PAS Pusat) dan juga Dr Najihatussalehah(AJK Muslimat PAS Pusat/Bekas Calon Parlimen Parit).Sebagai tuan rumah YB Ramli dan isteri telah hadir untuk menyambut rombongan tersebut.Turut mengiringi YB Ramli adalah Puan Rohaya dan juga Muslimat PAS kawasan.