Selasa, 26 Oktober 2010

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PENAMAAN CALON DUN GALAS(N 45)

|


YB RAMLI DI GALAS

|

Selepas solat Zohor,YB Ramli bersama-sama dengan pembantunya serta Pengerusi DHPP Perak yang baru iaitu Encik Beh Heng Kin bertolak ke Galas untuk menyertai perarakan penamaan calon pada esok hari.

Tiba lebih kurang pada pukul 4 petang terus sahaja petugas-petugas PAS Perak membawa YB Ramli melawat ke Rumah Perak yang terletak di kampung Sungai Cindai.Di situ,YB Ramli beramah mesra dengan petugas-petugas JPN.


Insyaallah esok YB Ramli bersama rombongannya akan menyertai perarakan penamaan calon yang diadakan di Pejabat Tanah Dan Daerah Jajahan Gua Musang.YB Ramli mengharapkan pengundi-pengundi di DUN Galas akan menyokong calon PAS iaitu Dr Zulkifli Mohamad dan memberi peluang untk PAS terus memegang kerusi DUN Galas...Allahuakbar!!Allahuakbar!!