Rabu, 30 Mac 2011

AMANAH UNTUK RAKYAT DIJAGA DAN DITERUSKAN

|

Pagi tadi YB Ramli meluangkan masa untuk menyampaikan sedikit sumbangan untuk orang-orang miskin di kawasan Bukit Merah.Sumbangan dari seorang penderma itu adalah berupa makanan asas seperti beras,gula,tepung dan lain-lain.
























Khamis, 24 Mac 2011

MELAWAT KAWASAN BANJIR 3 (BERSAMA KETUA PEMUDA PAS PERAK)

|

Hari ini merupakan hari ke-3,YB Ramli turun padang untuk melihat keadaan mangsa banjir sekaligus memberi sedikit sumbangan.Boleh dikatakan lawatan ini adalah secara mengejut.Jika 2 hari sebelum ini YB Ramli banyak melawat ke kawasan penempatan,tetapi hari ini YB Ramli menumpukan terhadap penduduk-penduduk yang tidak berpindah.Lokasi adalah di kawasan Pancur Kanan,Padang Lalang dan Pancur Kiri.




YB Ramli diiringi oleh Muslimat PAS Kawasan beserta AJK Penerangan PAS Kawasan.Sebelum itu muslmat telah bertungkus lumus menyiapkan bungkusan-bungkusan untuk mangsa banjir agar mudah diagihkan.Batrangan adalah berupa makanan asas.











Tidak lama kemudian,Ketua Pemuda PAS Perak,Ustaz Zawawi menyertai rombongan ini memandangkan rumah beliau berada di kawasan ini.Kebanyakan penghni rumah sedang sibuk membersihkan rumah mereka.


















Alhamdulillah,setakat ini misi lawatan mengejut ini berjaya.Hampir 40 buah rumah telah YB Ramli lawati dan beri sumbangan.InsyaAllah tempat-tempat lain kan menyusul jika tiada aral melintang.Sumbangan adalah dari PAS Negeri Perak.